Thursday, August 6, 2009

Hari Pertama :: Sambutan Meriah ::

6 Ogos, Program Mega anjuran Jawatankuasa Summer PERUBATAN pusat hari ini mendapat sambutan yang sangat meriah. Kehadiran pelajar-pelajar PERUBATAN dari seluruh pelusuk muhafazah mengembalikan suasana meriah di Asrama MARA, Iskandariah setelah beberapa minggu kesunyian lantaran ketiadaan penghuni.

Peserta yang mulai tiba pada malam sebelumnya ditempatkan di aras-aras di Bangunan MARA. Aras 1 & 2 dikhaskan untuk pelajar ikhwah manakala aras 4 dan seterusnya adalah untuk pelajar akhawat. Kedatangan awal pendiskusi, Ustaz Salman MAskuri bersama-sama dengan peserta dari muhafazah Mansoura pada malam sebelumnya membuatkan peserta lebih bersemangat untuk berdaurah pada kali ini.

Pendaftaran KUNTUM 09 telahpun mencecah lebih 70 peserta. Sehingga lewat petang hari yang pertama, masih ada lagi peserta yang datang untuk mendaftar.

KUNTUM 09 pada hari ini dimulaikan majlis perasmian oleh Ustaz Ishak bin Hj Othman, Pengarah MARA Timur Tengah. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa program daurah sebegini merupakan salah satu platform kepada pelajar PERUBATAN untuk menambah pengetahuan dalam hal-hal agama. Pelajar PERUBATAN Mesir seharusnya mempunyai nilai tambah yang lebih berbanding pelajar lulusan negara lain.

Kemudian KUNTUM 09 diteruskan dengan diskusi kitab Kabair yang dikarang oleh Imam Az-Zahabi. Menceritakan berkenaan dengan 70 dosa-dosa besar. Kupasan yang menarik oleh Ustaz Salman Maskuri selama 3 slot yang diselang dengan rehat benar-benar memberi kesan kepada para peserta.

Pada malamnya, diadakan pula tayangan perdana dokumentari bertajuk Sicko. Menceritakan berkenaan dengan keburukan kapitalis dalam pentadbiran negara.

Kami berharap hari yang kedua pada hari ini akan memberi lebih manfaat kepada para peserta.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment