Saturday, August 1, 2009

Iskandariah..Destinasi Daurah 2009

1 Ogos, Jawatankuasa Program Musim Panas PERUBATAN telah bersetuju untuk mengadakan daurah kitab pada musim panas bagi tahun 2009 bertempat di Bangunan MARA, Iskandariah. Buat julung-julung kalinya, Perubatan Cawangan Iskandariah di beri mandat oleh Perubatan Pusat untuk mengadakan daurah kitab yang bakal disertai oleh peserta-peserta dari kesemua muhafazah.

Iskandariah menjadi pilihan pada tahun ini memandangkan suasana tenang, jauh dari hiruk pikuk kota diselangi dengan tiupan bayu Mediterranean bakal memberikan suasana yang kondusif kepada para perserta ketika daurah. Di samping itu, kesempatan program daurah ini juga boleh digunakan oleh peserta-peserta dari kesemua muhafazah untuk melancong ke tempat-tempat menarik di Iskandariah.

Diharap agar daurah kitab pada tahun ini akan berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada keseluruh warga PERUBATAN di Mesir..

0 comments:

Post a Comment