Thursday, August 6, 2009

Hari Pertama :: Sambutan Meriah ::

6 Ogos, Program Mega anjuran Jawatankuasa Summer PERUBATAN pusat hari ini mendapat sambutan yang sangat meriah. Kehadiran pelajar-pelajar PERUBATAN dari seluruh pelusuk muhafazah mengembalikan suasana meriah di Asrama MARA, Iskandariah setelah beberapa minggu kesunyian lantaran ketiadaan penghuni.

Peserta yang mulai tiba pada malam sebelumnya ditempatkan di aras-aras di Bangunan MARA. Aras 1 & 2 dikhaskan untuk pelajar ikhwah manakala aras 4 dan seterusnya adalah untuk pelajar akhawat. Kedatangan awal pendiskusi, Ustaz Salman MAskuri bersama-sama dengan peserta dari muhafazah Mansoura pada malam sebelumnya membuatkan peserta lebih bersemangat untuk berdaurah pada kali ini.

Pendaftaran KUNTUM 09 telahpun mencecah lebih 70 peserta. Sehingga lewat petang hari yang pertama, masih ada lagi peserta yang datang untuk mendaftar.

KUNTUM 09 pada hari ini dimulaikan majlis perasmian oleh Ustaz Ishak bin Hj Othman, Pengarah MARA Timur Tengah. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa program daurah sebegini merupakan salah satu platform kepada pelajar PERUBATAN untuk menambah pengetahuan dalam hal-hal agama. Pelajar PERUBATAN Mesir seharusnya mempunyai nilai tambah yang lebih berbanding pelajar lulusan negara lain.

Kemudian KUNTUM 09 diteruskan dengan diskusi kitab Kabair yang dikarang oleh Imam Az-Zahabi. Menceritakan berkenaan dengan 70 dosa-dosa besar. Kupasan yang menarik oleh Ustaz Salman Maskuri selama 3 slot yang diselang dengan rehat benar-benar memberi kesan kepada para peserta.

Pada malamnya, diadakan pula tayangan perdana dokumentari bertajuk Sicko. Menceritakan berkenaan dengan keburukan kapitalis dalam pentadbiran negara.

Kami berharap hari yang kedua pada hari ini akan memberi lebih manfaat kepada para peserta.

Wassalam.

Tuesday, August 4, 2009

Kitab Al-Kabair Az-Dzahabi


Kitab Ada Dijual Di Meja Urusetia

Harga Seunit LE 10 -LE 11

Dari Meja Pendaftar......

Pihak pendaftar bagi Program Kembara Ukhuwah & Thaqafah 2009 masih lagi menerima pendaftaran pelajar-pelajar dari seluruh muhafazah ke program ini. Namun begitu, pihak pendaftar menyediakan beberapa guide line kepada pelajar untuk mendaftar bagi memastikan pendaftaran agar lebih sistematik. Berikut adalah beberapa panduan pendaftaran KUNTUM 2009 :-




1) Melalui Emeil @ Yahoo Mesengger

Hantarkan butiran berikut :-

a. Nama Anda
b. Muhafazah & Universiti Anda
c. Tahun Pengajian
d. Nombor Telefon Anda

Hendaklah dihantar KEPADA :-

Bagi Ikhwah -- hyperphilic@yahoo.com
Bagi Akhawat -- mujidd@yahoo.com


2) Melalui Mesej @ Panggilan


Hantarkan butiran berikut :-

a. Nama Anda
b. Muhafazah Dan Universiti Anda
c. Tahun Pengajian
d. Alamat Emeil Anda

Hendaklah dihantar KEPADA :-

Bagi Ikhwah -- 011 5813574 (Akhtar)
Bagi Akhawat -- 011 5973869 (Asilah)



UNTUK MAKLUM
AN...

A) Bagi yg telah mendaftar sebelum ini, pendaftaran anda dikira diterima
(abaikan mesej diatas)

B) Kepada yang
belum mendaftar, AYUH DAFTAR SEGERA.....

C) Pendaftaran juga dibuka pada PAGI HARI PERTAMA KUNTUM 09 (6 Ogos)

D) Pendaftaran AWAL amat diperlukan untuk urusan penyediaan makanan
dan juga pen
ginapan.





"ENJO
Y THE SUMMER"

Pendaftar Program Kembara Ukhuwah & Thaqafah PERUBATAN 2009

Monday, August 3, 2009

MAKLUMAT PERJALANAN

MAKLUMAT PERJALANAN

Dari Kaherah

1. Keretapi

Harga tiket daripada Kaherah ke Iskandariah berbeza mengikut kelas dan juga jenis train (boleh rujuk disini). Turun di Station yang terakhir iaitu Mahattah Misr. Ambil teksi ke Syari' Sezostris ( Depan Bank Misr) dengan harga di antara LE 3-LE 5.

2. Mikro Bas ( Tramco)

Jika anda memilih utk menaiki tramco, pastikan anda memilih tramco yang akan ke Mahattah Misr. Hal ini demikian kerana terdapat juga tramco yg ke Iskandariah tetapi destinasi terakhirnya berbeza seperti Sidi Beach, Al-asoforah, carefour dsb. Apabila anda memilih tramco ke Mahattah Misr, ini akan memudahkan urusan ke Asrama MARA (sebagaimana dgn train). Tambang adalah sekitar LE 20-LE 23


Dari Mansoura

1. Keretapi

Sama seperti perjalanan dr Kaherah

2. Mikro Bas , Peugot

Destinasi terakhir bagi jenis kenderaan ini ialah di Mauaf Gadid (Maukuf Jadid). Ambil teksi dari Mauaf Gadid terus ke Syari' Sezostris ( Depan Bank Misr) dengan harga LE 5 dan ke atas bergantung pd budi bicara..



Dari tanta

1. Mikro Bas , Peugot

Sama seperti perjalanan dr Mansoura menggunakan mikro bas


Dari Zaqaziq

1.Mikro Bas, dll

Sama seperti perjalanan dr Mansoura menggunakan mikro bas


--------------------------------------------------------------

** Bagi akhawat yg tiba lewat malam tanpa musyrif, bantuan musyrif boleh DIPOHON...


Sebarang Kemusykilan boleh menghubungi :-

Tengku Fakhruddin (Pengarah KUNTUM 09)--- 011 2814473
Mohd Azriq ( AJK Penginapan ) --- 011 6368620




PIHAK URUSETIA MENDOAKAN KEMUDAHAN SAHABAT SEKALIAN ...

"Enjoy The Summer"

Peta Perjalanan Ke Asrama MARA, Iskandariah


klik utk besarkan....

Penginapan 'First Class' Utk Peserta...

Pihak urusetia berusaha untuk memastikan penginapan bagi perserta daurah pada kali ini kondusif dan dan selesa..

Antara kemudahan yang kami sediakan ialah :-

Bilik tidur yang pasti melenakan....


Dua buah desktop dilengkapi dengan WIFI...


Liputan WIFI selama 24 jam yang didapat diakses melalui komputer peribadi.....


Mesin basuh automatik utk mencuci baju sepanjang program....


3 bilik mandi, 3 tandas setiap aras .....


DAN


BANYAK LAGI KEMUDAHAN MENANTI ANDA.....

AYUHH !!!!!!!


DAFTAR SEKARANG.............

DAFTAR SEKARANG.............

DAFTAR SEKARANG.............


AHLI JAWATANKUASA PELKSANA KUNTUM 09

AHLI JAWATANKUASA PELKSANA KUNTUM 09


PENASIHAT :

MUHD SYAFIQ BIN MAT MOOR

NOOR AAINAA BINTI ABU HANIPAH


EX-OFFICIO :

AHMAD FARHAN BIN MAHABOT


PENGARAH :

TENGKU MUHAMMAD FAKHRUDDIN


TIMB. PENGARAH :

NOOR AFIFAH SAID


SETIAUSAHA :

NUR ASILAH BINTI ABU BAKAR


BENDAHARI :

MOHAMAD AKHTAR ZHAFAR


UNIT PUBLISITI :

MOHAMMAD HAFIZ MOHAMMAD ZAINI


UNIT PERSEGARAN :

MOHAMAD ZIKIR

HUDA


UNIT PENGINAPAN DAN PERSIAPAN :

MOHD AZRIQ BIN TAJOL ARIFFIN


UNIT TEKNIKAL DAN RAKAMAN :

AFIQ BIN ABDUL AZIZ


UNIT PROTOKOL & DISPLIN

MOHD SHERY AFIFY

HASMAH SALLEH


UNIT PENGISIAN

MOHD ALHAM BIN ABDUL RAHIM

Sunday, August 2, 2009

Tentatif KUNTUM 2009

Tentatif Program KUNTUM 09


KHAMIS, 06 OGOS


07.30 am 08.00 am : Pendaftaran dan sarapan

08.00 am 08.30 am : Perasmian program

08.30 am 10.30 am : Pembentangan Ilmiah 1

10.30 am 11.00 am : Kudapan

11.00 am 01.00 pm : Pembentangan Ilmiah 2

01.00 pm ­­– 02.30 pm : Rehat dan Makan Tengah Hari

02.30 pm 04.30 pm : Pembentangan Ilmiah 3

04.30 pm 08.30 pm : Riadah

08.30 pm – 11.30 pm : Tayangan Perdana


JUMAAT, 07 OGOS


07.30 am – 08.00 am : Sarapan

08.00 am – 10.00 am : Pembentangan Ilmiah 4

10.00 am – 10.30 am : Rehat dan Kudapan

10.30 am – 12.30 pm : Pembentangan Ilmiah 5

12.30 pm – 02.30 pm : Makan Tengahari

Solat Jumaat/Zohor

02.30 pm – 04.30 pm : Pembentangan Ilmiah 6

04.30 pm – 08.30 pm : Rehat

08.30 pm – 10.30 pm : BBQ dan Tautan Ukhwah


SABTU, 08 OGOS


7.30 am – 8.00 am : Sarapan

8.00 am – 10.00 am : Pembentangan Ilmiah 7

10.00 am – 10.30 am : Rehat dan Kudapan

10.30 am – 12.30 pm : Majlis Penutup dan Konklusi

12.30 pm – 2.30 pm : Makan Tengahari

Solat Zohor

Bersurai

Poster Rasmi KUNTUM 2009




Saturday, August 1, 2009

Iskandariah..Destinasi Daurah 2009

1 Ogos, Jawatankuasa Program Musim Panas PERUBATAN telah bersetuju untuk mengadakan daurah kitab pada musim panas bagi tahun 2009 bertempat di Bangunan MARA, Iskandariah. Buat julung-julung kalinya, Perubatan Cawangan Iskandariah di beri mandat oleh Perubatan Pusat untuk mengadakan daurah kitab yang bakal disertai oleh peserta-peserta dari kesemua muhafazah.

Iskandariah menjadi pilihan pada tahun ini memandangkan suasana tenang, jauh dari hiruk pikuk kota diselangi dengan tiupan bayu Mediterranean bakal memberikan suasana yang kondusif kepada para perserta ketika daurah. Di samping itu, kesempatan program daurah ini juga boleh digunakan oleh peserta-peserta dari kesemua muhafazah untuk melancong ke tempat-tempat menarik di Iskandariah.

Diharap agar daurah kitab pada tahun ini akan berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada keseluruh warga PERUBATAN di Mesir..